Saturday 30 July 2022

Kdrama 2022 (Part 1)

Hey Kdrama lovers,
Sini kumpul, hehe. 
So, I nak share dengan uolls latest drama yang i tengok. Yang ni setakat july okie. 


 DISCLAIMER: THIS IS MY PERSONAL REVIEW AND OPINION.

 
1. Remarriage & Desires. (8 Episod) 

Cerita ni macam portal cari jodoh gitula haaha. Cuma dia relate kepada harta, dendam, khianat dan curang. Dendam seorang isteri kepada wanita yang menyebabkan husband dia meninggal. Pengkhianatan seorang isteri yang curang dengan suami yang sibuk kerja. Harta yang dikejar kerana baginya hartalah segalanya. Baginya hartalah yang mampu buat orang lain tunduk hormat kepadanya. Last, macam biasa lah, kita akan kesian dengan second lead nanti hahaha. Mungkin drama ni nanti akan ada season 2.



 2. Our Blues (20 Episod) 

Ok, this one pom best guys. Cerita ni banyak kisah. Cuma dia based on satu tempat which is Pulau Jeju. Hm teringin nak pergi Pulau Jeju. this drama about friendship, love, life and family. Tak tahu macam mana nak describe this drama but overall you should watch this one too okay.


3. Twenty Five Twenty One (16 Episod)

 "En-garde, Pret, Allez" ni lah perkataan yang duk sebut-sebut lepas tengok drama ni hahhaa. Cerita ni pasal sukan lawan pedang. Tapi tetap terselit jugak pasal family, love, feeling guilty, cita-cita, impian dan pengorbanan . Apa pom korang takkan menyesal tengok this drama. For me this drama agak emosi ye huhuu. Sila sediakan tisu.


4. My Liberation Notes (16 Episod) 

Yang ni i tengok sampai episod 2 je kot, tak ingat lah. Masa tengok ni on going lagi tapi citer ni macam slow sikit. Entah la you, tak tau nak cakap guane. You tengok la sendiri pastu bagi review nah hehe. Tapi apa yang i faham, ia pasal diri sendiri, life and family. 


5. Tomorrow (16 Episod) 

Apa yang boleh i gambarkan pasal cerita ni ialah pasal fantasy and action kot. Okay2 jela. Ceritanya start lepas seorang lelaki ni koma. Tak leh nak komen lebih sebab tengok tak habis lagi huhuu. 


6. Forecasting Love and Weather (16 Episod) 

Bagus giler cerita ni. Yang tak tahu jadi tahu. Masa tengok cerita ni, i rasa macam menonton sambil belajar hahhaa. Yes betul, tak tipu. Must watch ok. 



7. Business Proposal (12 Episod) 

Cerita ni kelakar guys. Macam love comedy gitulah hahhaa. Episod 1 tu dah pom buat i jatuh cinta dengan drama ni. Okay cukup la dulu setakat ni, nanti i post lagi part 2. Bye.

No comments:

Post a Comment

Day Trip to Singapore vs Bestie

 Hello, assalamualaikum. Semalam kan saja la scroll album lama, eh terjumpa pulak gambar masa jalan2 pergi Singapore, 2019 dulu 😂 Guys, kal...