Wednesday 24 May 2023

Day Trip to Singapore vs Bestie

 Hello, assalamualaikum.

Semalam kan saja la scroll album lama, eh terjumpa pulak gambar masa jalan2 pergi Singapore, 2019 dulu 😂 Guys, kalau uolls tanya nak repeat lagi tak for day trip, i will say NO! Hahahaha sebab penatttttttt gilaaa! Saya tak boleh handle penat tersebut. 😝 Tengok orang lain chill je pi travel jauh2 by day trip. Bila diri sendiri cuba, ohhh NOT AGAIN.

Dah laa terlepas train, pastu dari KTM Nilai tu cari prebet yang available, nasib baik ada. Tapi mahal la sikit. 

Sorry tau takde itinerary sebab dah lupa dah. Saja story balik kat sini sebab rindu 🥲

Tukar duit dulu di Aeon Nilai

Train dari MRT Woodland

Nak naik train kat SG kena ada pass ni.

Selfie dulu 🤳 

Ni Singapore tau bukan Korea 😛

Baraiii dah ni 😂

Ni kawan Nana, Tiya.


Hantar my bestie kat KLIA. 

Saturday 20 May 2023

I love dress !

Heyyyy, lately ni Nana suka pakai dress. Nampak macam sopan je bila pakai dress ni! Tiap kali pakai dress, always fefeeling like princess 😝 Jom Nana share kat uollsss dress murah2 yang ada di Shopee 🫢 Dress ni tak sampai Rm30 pom hee. Dah la ironlesssss! Lovee terukkkk!

Ni contoh Nana pakai tau, 

https://shope.ee/30ImGn1Q2T

https://shope.ee/503qevMVLE

Ada banyak lagi color n corak. Cepat pi beli!!! Yang Nana pakai tu maxi dress ataupun dress labuh.

Yang kat bawah ni link dress yang boleh pakai dengan skirt atau seluar 👇🏻

https://shope.ee/AK5N0s2YKK




Love,

Nana

Thursday 18 May 2023

Skincare For Teenager

Assalamualaikum adik2,,, Helloo 🤍

Ada satu hari tu anak saudara Nana tanya, oh btw masa tu she was 11 years old, sekarang dah 12 tahun. Cucu first dalam family Nana. Hm bila dia tanya pasal skincare ni terus Nana rasa macam tua hahahah 🥺 😝 

So today Nana nak nasihat adik2 yang baru nak berjinak2 dengan cleanser n etc,,,

  1. Make sure jangan try produk yang bukan2!!! Plssss ok! 
  2. Kalau rasa macam pedih kulit muka, STOP guna!
  3. Beli dekat drugstore. 
Haritu Nana suggest Cetaphil je untuk dia, alhamdulillah okay sesuai. Sampai sekarang dia guna Cetaphil jela. 

Untuk adik2 yang baru nak pakai skincare, cuba jaga 3 step ni pom dah ok, 

  1. Cleanser
  2. Moisturizer
  3. Sunscreen/ Sunblock
Kalau nak try, boleh mula guna starter pack ni dulu. Murah je ha. 


3 produk Rm 12.78 jer! 

Yang ni Rm14.54 jer. 

Saturday 30 July 2022

Kdrama 2022 (Part 1)

Hey Kdrama lovers,
Sini kumpul, hehe. 
So, I nak share dengan uolls latest drama yang i tengok. Yang ni setakat july okie. 


 DISCLAIMER: THIS IS MY PERSONAL REVIEW AND OPINION.

 
1. Remarriage & Desires. (8 Episod) 

Cerita ni macam portal cari jodoh gitula haaha. Cuma dia relate kepada harta, dendam, khianat dan curang. Dendam seorang isteri kepada wanita yang menyebabkan husband dia meninggal. Pengkhianatan seorang isteri yang curang dengan suami yang sibuk kerja. Harta yang dikejar kerana baginya hartalah segalanya. Baginya hartalah yang mampu buat orang lain tunduk hormat kepadanya. Last, macam biasa lah, kita akan kesian dengan second lead nanti hahaha. Mungkin drama ni nanti akan ada season 2.



 2. Our Blues (20 Episod) 

Ok, this one pom best guys. Cerita ni banyak kisah. Cuma dia based on satu tempat which is Pulau Jeju. Hm teringin nak pergi Pulau Jeju. this drama about friendship, love, life and family. Tak tahu macam mana nak describe this drama but overall you should watch this one too okay.


3. Twenty Five Twenty One (16 Episod)

 "En-garde, Pret, Allez" ni lah perkataan yang duk sebut-sebut lepas tengok drama ni hahhaa. Cerita ni pasal sukan lawan pedang. Tapi tetap terselit jugak pasal family, love, feeling guilty, cita-cita, impian dan pengorbanan . Apa pom korang takkan menyesal tengok this drama. For me this drama agak emosi ye huhuu. Sila sediakan tisu.


4. My Liberation Notes (16 Episod) 

Yang ni i tengok sampai episod 2 je kot, tak ingat lah. Masa tengok ni on going lagi tapi citer ni macam slow sikit. Entah la you, tak tau nak cakap guane. You tengok la sendiri pastu bagi review nah hehe. Tapi apa yang i faham, ia pasal diri sendiri, life and family. 


5. Tomorrow (16 Episod) 

Apa yang boleh i gambarkan pasal cerita ni ialah pasal fantasy and action kot. Okay2 jela. Ceritanya start lepas seorang lelaki ni koma. Tak leh nak komen lebih sebab tengok tak habis lagi huhuu. 


6. Forecasting Love and Weather (16 Episod) 

Bagus giler cerita ni. Yang tak tahu jadi tahu. Masa tengok cerita ni, i rasa macam menonton sambil belajar hahhaa. Yes betul, tak tipu. Must watch ok. 



7. Business Proposal (12 Episod) 

Cerita ni kelakar guys. Macam love comedy gitulah hahhaa. Episod 1 tu dah pom buat i jatuh cinta dengan drama ni. Okay cukup la dulu setakat ni, nanti i post lagi part 2. Bye.

Thursday 4 March 2021

WATSON LIP BALM REVIEW

Hi. Harini nana nak review pasal watson lip balm (Baby Tint Glow). First thing first, of course la ni bukan review berbayar HAHA. Ni review jujur dari seorang customer yang membeli dan menggunakannya. Ha gituuuuwww.

So, macamni, nana punya lip ni sensitif dan kering, nak kata kurang air masak, tak lah jugak. Air masak tu air favorite kot 😜 Mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Sebelum ni, nana guna vaseline je, tapi macam tak okay je dengan bibir sendiri, so nana try lip balm jenama lain, pom tak okay.

Semalam nana gi watson and termenung hampir 20 minit kot depan rak lipbalm nih 😂 ambil satu-satu brand baca ingredients dan kebaikan. Last sekali nana amik yang brand watson ni sebab tertarik dengan.... ha korang tengok dan baca la sendiri content dekat gambar bawah ni 👇

Yang paling i rasa nak try sangat sebab ada SPF15 😍 


Nah, rajin2 sikit bacanya.

Comelkan, cute jer. Ni mnde yang paling wajib ada dalam poket bag. Setiap masa boleh pakai.

Camne? Rasa macam nak try jugak tak?

Tekstur dia best, tak berminyak sangat, just nice. Wangi dan rasa dia pom best hahaa
                                                                                 😂
Nah, yang paling penting, masa nana pergi ni ada sale HEHE 💓


Apa yang nana boleh cakap, so far this one of the best lip balm. If you guys tanya recommended or not, i would say YES. Go buy and try okay. Harga pom affordable. 💙💄

Wednesday 3 March 2021

RESEPI BIHUN SUP PALING SIMPLE DAN MALAS

 #resipi1



Bihun rebus orang malas 😂

Bihun rebus guna apa ada je. Janji shedappp 😋

Bahan-bahan
  1. Sedikit minyak masak (untuk menumis bawang)
  2. 5 ulas bawang putih (*diketuk*)
  3. Air secukupnya untuk kuah
  4. Potong dadu 5 ketul ayam
  5. Sebiji lobak (*potong*)
  6. 3 biji ubi kentang (*potong*)
  7. 2 biji cili padi merah (kitorang tak makan pedas) *potong halus*
  8. Daun sup (*potong halus*)
  9. 1 ketul kiub ayam
  10. 3 asam keping
  11. Sebiji limau nipis
  12. Sebiji telur (*optional* taknak letak pom tkpa*)
  13. Kicap manis
  14. 5 sudu sos ikan thai
  15. Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih
  2. Bila bawang dah naik bau, masukkan air dan ayam
  3. Agak-agak ketulan ayam tadi dah masak separuh, masukkan hirisan lobak dan ubi kentang
  4. Tunggu sampai kuah menggelegak, masukkan kiub ayam, asam keping, gula, sos ikan, sedikit kicap. (Yang ni dah boleh ikut citarasa masing2) Kemudian masukkan telur sambil kacau perlahan.
  5. Masukkan air limau nipis dan hirisan lada bersama hirisan sup. Okay, dah boleh tutup api. Siap. Selamat menjamu selera uolls. 
p/s: jangan lupa rebus bihun 😆😛

Tuesday 6 August 2019

GISO - ACEH


Assalamualaikum... So, harini Nana nak share pasal Nana and kawan-kawan pi Aceh, Indonesia pada 11 Feb- 16 Feb 2019. Mula2 sekali kan, program ni dinamakan GISO atau Global Islamic Student Occasion. Fyi guys, masa mula2 awal semester 1 tu kan, kitorang ada yuran antarabangsa RM 450,  so, daripada yuran tu nanti kitorg akan tambah duit sendiri dan pilih sendiri negara mana nak pergi. So, kitorang pilih nk gi Aceh, So, bermulalah cerita nya. Tapi kawan2 aku ramai jer pergi negara2 lain macam Australia, China, Korea, Japan, and etc... Yuran per head utk giso Aceh ni dalam RM1100 termasuk lah accomodation, transportation, makan minum dan tiket. So, mana kitorang nak dapatkan Rm1100 sorang ni? okay la lepas tolak yuran rm 450, setiap sorg kena tambah lagi rm 650. So, pandai2 lah korang nak cari dana kat mana, mungkin boleh buat bisnes, dapatkan sponsor, pakai duit tabung or whatever lah. Tarikh kitorang pergi ni waktu cuti semester 5 dan budak2 yg duk kolej kediaman terpaksa tumpang rumah sewa kawan atau sewa kolej untuk beberapa hari persiapan. Aku duk rumah sewa so tkde masalah 🤣

So, ni gambar kitorang last meeting untuk pergi GISO. 
Flight kitorang pagi, dalam 7:40 am. Kitorang bertolak dari Nilai ke KLIA2 pukul 11 malam. Kau rasa ? Awal gila kan. Takleh nak gi lewat2 sgt, kesian pak cik bas hehehehe

Tiba di KLIA2. Semua berkelah hasil bekalan dari Nilai tadi. Nak tunggu esok pagi hmm mmg barai laa jawab dia.

Are you ready guys ? 😜

Akhirnya, waktu yang ditunggukan tiba jua. Okay typical photo w passport 😙

Wah. Cantiknya awan, Part ni best, 3 seat flight tu aku sorg jer yg duduk 😂. Tkde org duk sebelah aku hahaha. So disebabkan barai satu malam tak tido, perut pom dh mula lapar, sakit kepala pom dah terasa, aku pom tido jelah.

Tiba... seorang pramugara dtg "Hi miss." sambil bagi nasi lemak. Aku tengok dia pastu aku angguk and then sambung tido balik. Duk fikir jgk nasi sapa ni, tapi dalam hati dah boleh teka dah tapi takut silap. so  biarkan jelah tak makan. Lepastu Haziq datang bawak air then "kenapa tak makan nasi ni ?" Haa dah agak. HAHAHA apa lagi aku terus lah paksa diri yg barai dan kelaparan ini untuk makan. Sedappppp 😋

Alhamdulillah tiba juga di Lapangan Terbang Antrabangsa Bandara Sultan Iskandar Muda. (abaikan muka tak mandi)
Lepas settle di airport, kitorang pergi hotel (aku lupa nama hotel HAHHAA) letak barang semua dan terus keluar pergi pusing2 bandar aceh. Memang tkde mood langsung nak berjalan waktu ni sebab AKU BARAI GILA WEYH. CUMA FIKIR NAK TIDO JER HAHHAHAHAA. 1st day ni aku boleh tengok semua tido dalam bas lawatan tu HAHAHAA. Ni gamabar kitorang dekat PLTD Apung.



Ada orang photobomb kat belakang tu. Kihkihhhh. Perasan tak ? 😆



Di Perpustakaan dan Muzium Ali Hasimy


Day 2, kitorang ke UIN Ar-Raniry. Sorry ada gambar selfie kat luar universitas jer HEHE. Ada la jugakkan daripada takde. Tak gitu ?

 Saat2 lighting cantik, aku pom perasan laa cantik jugak.

K selfie lagi dekat tangga masjid.

Ayuh solat dulu yukk.

 Then kitorang ke pantai  "AWAS TSUNAMI"

 WAHHH 😍 ( K DONE WAH KAN DIRI SENDIRI)

 Okay tak ? Tak okay pom kena cakap okay !!!

 Hi ini adila lalalallalalalalaa (macam nak nyanyi lak)

 K Ustaz Syamsul selfie tak ajak kitorang !

 Makcik yang kat tengah tu lah yang ceritakan detik2 tsunami di Aceh 😥

Sharing moment bersama muallaf.

Day 3, Di Indrapuri, Aceh, Indonesia

 Kerjanya selfie aja yaa.

 Keadaan dalamnya. Ustaz Syamsul tu yg tengah solat.

 Sekarang kami di Maahad Insan Qurani

 hikssss..

 Bersama dengan adik2 Maahad Insan Qurani

 Di masjid baiturrahman 💓

 Cantik sunggu masjid ni 😍 Orang tudung merah ni jer tk cantik huhhh. 

 Kenang2 kenangan huhukkk 

 Nak DSLR satu pleaseeeeee.. 

Lighting on point apalagiiiii  💓

 Dalam masjid baiturrahman.

 Day 4, di SDTQ.

 Comel2 sungguh dorang nii. 😍😘

Program masak2 and makan bersama ketua kampung sekeluarga.

 Masih di rumah ketua kampung.

 Day 5, jalan2 jer tengok apa yang ada. Kami di pantai Ule Ule

 Ada tak orang nak ajak saya naik kapal ? 😛

 Tak nampak pulak huruf ule ule 😂😬😢

 So malam last di Aceh, kami makan malam di rumah Pak Azhar. Pak Azhar yang baju merah tu lah yang bawa kitorang pusing2 bandar Aceh untuk beberapa harini. Terima kasih pak...

Hai orang depan 😛

So, before balik Nilai esok, kitorang main tukar2 hadiah yeayyyy.Yang Syahirah duk pegang tu hasil tukar2 hadiah yang dia dapat la tu. 😆😅

Day 6, kitorang tkde buat apa. Kemas2 and pergi airport untuk balik Malaysia. Yeayyyy alhamdulillah semua berjalan dengan baikkk. Syukur. 💓💝 Thankyou kepada semua yang banyak tolong dari awal program sampai akhir program. Thankyou sangat2 !!!! Maka sekianlah kisah perjalanan GISO kami. Tak semua tempat yang kami pergi wujud dalam blog ni. Antara tempat yang kami pergi tapi tidak ada dalam gambar adalah kilang kopi, pasar aceh, kubur (nama lupa emm) dan lain2. Tapi tak banyak pom. K baiiii. Hope you enjoy 😘











































Day Trip to Singapore vs Bestie

 Hello, assalamualaikum. Semalam kan saja la scroll album lama, eh terjumpa pulak gambar masa jalan2 pergi Singapore, 2019 dulu 😂 Guys, kal...