Sunday 28 May 2017

Study Week Tak Balik

assalamualaikum and haiiii ...
first day fasting done ! ohh yeah tinggal lagi 28 hari nak raya . hiks .haa puasa tu jangan tinggal , puasa penuh . solat tuu jaga okey . faham tak ? kalau faham , good . hee .

hm, dah lama dah tak tulis blog . huhuu . tak sempat , busy sangat . nanti cuti sem nanti , haa masa tulaa aku nak marathon tulis semua . hahaha yelah , dah masa tuu masa free .

kenapa tiba2 jaa aku rasa nak menulis nii ? hm sekarang nii aku study week . member aku ramai yang balik , tapi aku tak balik kali nii . mak aku tak bagii hahah . sebab ?? sebab kat rumah jangan haraplah aku nak pegang buku , bukan setakat pegang , tengok pom aku tak nak . tu mak aku tak bagi . huhuu sedih lol . duk sini start puasa smpai laa 21.6 . huhuu . raya dah laa 25.6 . berapa hari jaa sempat puasa kat umah . pagi tadi, bangun sahur rasa cam nak nangis jaa sebab sedih , homesick sangat dah niii . mak aku tak marah pom kalau aku nak balik jugak , tapi tulaa aku pom fikir cam tu gak . aku lah kalau dang duk umah , hm , memang haram laa nak study . haduish . dari zaman sekolah lagi , zaman duk asrama dulu, bawak buku balik rumah nii , tapi hahaha , keluarkan buku tuu dari beg pom tak . camne bawak balik dari asrama camtulaa bawak pi asrama balik . haduiii , acah jaa lebih nk study kat umah .. hm . oke, sempena bulan yang mulia nii , kepada sapa2 yang kenal aku nii , aku nak mintak maaf laa dari korang kalau aku ada salah dan silap yang sengaja ataupun tak sengaja . yelaa , aku manusia biasa , selalu buat silap . okeh ???

#nanasayangorangyangsayangnana

Monday 6 March 2017

Life As A Student

fuhhhhhhh penatttttnyeeeee 𐑲 :-p . hariniiii , niii baru boleh duk rileks-rileks . huhuuuu .

yelaa , kelas harini padat giler , dari kol 8 pagi smpai 10 malam . eh , bukannya tak der rest langsung ? hahaa , ada-ada , tapi rest tuu kejap jaa .huhuu .  merungut ! haa merungut ! mana ada orang yang hidup senang lenang tuu hasil drpd goyang kaki . bangunlah dari tidur mu yg lena naa . bangun- bangun !! dah-dah laa duk mimpi , ramai lagi orang kat luar sana nak sambung belajar tapi tak dapat , bersyukur  laa naa ! ni rezeki kau , peluang  kau ! gunakan lah sebaik-baiknya ! huhuu . tapiiiiiiiii ...... nooooo !!!! dah sebut tapi , pandang depan , usaha sunguh-sungguh . niat tuu biar betul !! kalau kau ikhlas , inshaAllah akan dipermudahkan oleh-NYA . ( motivasi diri sendiri ) huhuu

.............................................................................................................................................................

okeee .... dah-dahhhh !!!! hahaaa , drama jer lebih . 🀣🀣🀣

kalau kelas pukul 8 pagi , jangan berangan laa nak cari baju , tudung  , lepastu nak iron lagi nak pakai pegi kelas esok . simpan lah angan-angan tuuu . hm , dah berapa kali dah hampir terbakar baju tuu ??? 😭😒😒 huaaaa ,, sedih tengok baju tu , nasib baik tak terbakar sampai berlubang . huhuuu .

kalau zaman pakai uniform sekolah dulu , memang cukup lengkap , baju , tudung , kain sekolah memang ada kenangan baju berlubang sebab kena makan ker iron . benci laa iron nii , kenapa nak makan baju orang ??? 😒😠 hahaaa ( diri sendiri yang cuai , nak marah iron ! 😠🀣giler ker apa ? )

haaa, tak habis lagi citer pasal kelas pukul 8 pagi . hahaaa , kalau kelas pagi, nana be like :-

kaluttt giler biler kelas pagiii .. hahahahahhh

pakai handsock dalam bas , pakai stokin dalam bas , pakai jam dalam bas , baiki tudung dlm bas , kadang-kadang tuu pakai tudung dlm bas ( shhh , alamak err haha ) yg pakai tudug dlm bas nii tipu jer .. lepastu berebut-rebut nak naik bas . kelas pagi memang kena berebut laa nak naik bas . hhuu .

yelaaa, kolej kediaman dgn fakulti bukannya dekat tau . kalau nana nak pegi fakulti nana , kalau jalan kaki , 25 minit jugak tau . biler bagitau org yang tak pernah jalan kaki , mmg diorang takkan caye . betolla , 25 minit !! buat per nak tipu !!! marah nii marah !

hm ,,, biler laa nak ada transport sendiri niii ? huhuu . takder ker putera katak ker putera tempurung ker yang nak jadi driver seumur hidup nana ??? ( cisssss !! hidung tak mancung,ada hati berangan nak kahwin dgn putera ) udah-udah laaa tuu berangan . sia-sia jer naa oi !!!

nilahhhh akibatnyaa biler terlalu terpengaruh dengan cerita novel . tak yah laa mimpi nak jadi heroin macam dalam drama ka , dalam novel ka , tuu semua tipuuu jaa ! sekarang nii kau duk dalam dunia REALITI !!! maka sedar-sedar diri tuuu . jangan nakk berangannnn jer kijee !!!😠😠😠

Sunday 5 March 2017

Facial Nya Kita 🀭

assalamualaikum , anneong ...

haisshhhh , ada  sorg budak nii hari-hari duk suruh ' nana , tulis laa blog , nana tulis laa blog ' hahaha . nampak dak ada orang rindu kita . hm , nii sayang nii . nahhh muachh sikit sbb support nana . πŸ˜›π©πŸ’‹

hee , harini nana nak citer pasal nana p buat facial treatment dekat situ . dekat mana ? dekat hati awak yg tengah baca celotehan nana nii haa . nampak tak ? push line tak  sampai . hahaa . tak yah nak bercia-cia sgt laa nana oii .. selalu jer nak buat cia cia tapi tak sampai , takper laaa hhuhuu . 

oke , back to story , sebelum nii nana dah pernah dah buat facial treatment sekali kat situ . yani ( kwn ) yang bagitau nya . haishhh yani nii , saja jer . sekarang nii dah ketagih dah hahahaa . ketagih perkara baik tak paa . bukannya ketagih mnd yg buruk . yg buruk tuu mintak dijauhkan . nauzubillah min zalik . huhuukk . 

hari nii kali kedua laa kiranya datang buat facial treatment kat sini . tapi yang nii nana pi sebab nak buat eyes treatment . huhuuu , sedih laa sebab bawah mata ada lingkaran gelap . so , nana tanya laa kakak tuu ( staf ) , apa punca bawah mata jadi gelap ? kakak tuu cakap : 

1. sebab maskara 
2. sebab mengadap fom , laptop 
3. tido lewat 

dan seangkatannya . tu antara-antara jelaa . huhuu . bahagian muka yang paling susah sekali nak jaga , matalah kakak tu cakap . yup , betol tuu , nana akui .. huhuu . 

nana memang suka sangat cara layanan diorang , memang terbaik aa . diorang treat kita penuh dengan kasih sayang , ceyhhhh hahahaa . betolll tak tipu . mmg terbaik sgt . peramah , senyum jer , jaga hati pelanggan dan macam tu laa . tak tahu nak cakap macam mana  , mmg diorang terbaik aa . sebab tuu rasa macam nak pi lagi hahaa . dari mula kita datang tuu sampai nak balik , diorang mmg terbaik . alamakk , lepas nii kena dapat diskaun nii hahaa . ( sbb duk puji jaa ) hahaa .

sorry tak der gambar . nanti lain kali kalau nana pi lagi , nana post gambar kay . ( actually ada jer satu gambar nii , tapi gelap ) huhuu lain kali laa . InshaAllah nana pi lagi kat situ . tak leyh gii selalu , nanti pokai laa . hahaa . yelaa , nana nii bukannya dah kije , student jer  baru . 

ohh harga . lupa nak cakap . harga dia pom tak der laa mahal sgt . yang nana buat facial masa first pergi tuu facial nama apa ek ?? lupa lakkk . errr , sorry . yang pasti tu adalah yang paling simple dan paling murah laa . RM 18 hinggit jaa gais . lepas buat nii rasa macam fresh giler mukaa . fuhh best . kejap jerr , dalam 20 minit . diorang akan pakaikan mask , lepastu diorang akan urut kepala kita ( suka-suka ) , lepastu ada satu lagi , nana lupa laa apedia ntah . dia akan guna machine . pakej rm 18 laa nii . nanti korang cuba laa okey . tak der laa mahal sgt . tapi kalau korg nak buang blackhead ka , nak buat eye treatment ka , nak buat apa-apa laa kat muka korang tuu kan , haa tu lain laa pulak harganya . 

uollsss boleh jaa tny diorang , diorang akan jawab . hm , tu jelaa kod dulu . huhuu . tadi insaf kejap , kononya nak balik nii nak tido awal laa , tak nak ngadap fon lama-lama sangat laa ( sbb nak jaga mata ) tapi insaf tuu kejap jerr . aduhaaiiiiii . geram betoii dgn diri sendiri nii . hhuuu . 

ohhh , sorry , lupa lak nak cakap nama saloon nii . yang nana pi nii , nama saloon nya, esteen ( you  natural beauty guru ) dekat nilai , negeri sembilan . ada satu lagi branch nya dekat selangor . 

hm , sebelum nana nk tutup hujahan nii , nana nak bagitau laa antara sebab nana buat facial nii . huhuu 
hm , sebab nana nak jadi seorang yg mempunyai natural beauty , ceyyyhhh . ( hahaa skema nya ayat ) ceyhhhh koyaasssss nya nana hahaa . yela, tak nak laa nmpak peloles semata-mata dilindungi foundation ka , krim ka , sunblock ka atau apa-apa ka laa . huhuu . ( actually i have a certain problem in my face ) huhuu , 

biler kita konfiden dgn diri sendiri , baru konfiden nak hadap orang lain . ngakkk gituuu ?huhuu . tu jelahhhh kod dulu . nanti nana tulis lagi . muachhhh sayang orang yang baca celotehan nana ❤❤❤❤❤❤ #nanaloveu 


Day Trip to Singapore vs Bestie

 Hello, assalamualaikum. Semalam kan saja la scroll album lama, eh terjumpa pulak gambar masa jalan2 pergi Singapore, 2019 dulu πŸ˜‚ Guys, kal...